Thursday 21 March 2013

KHaSiaT BuAH DeLiMA

Ramai yang sudah tahu mengenai kelebihan dan keistimewaan Buah DELIMA kan???? Tp rmai yang x pernah nmpk buah delima yg besar kn?? First time saya nampak buah delima 2 besar..Time 2 mak n abah saya br balik dari Mekkah menunaikan tanggung jawab sebagai seorg Islam iaitu menunaikan Haji..Tp bukan itulah topic yang nk di discuss kan..hehehe.. Topic still maintan iaitu khasiat buah Delima..



Nie lah dia buah Delima yg besar tu




Buah Delima

Bahagian dlm buah delima



Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Sejarah Buah Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang dibudidayakan awal. Bukti sejarah menunjukkan bahawa manusia pertama kali mula menanam kira2 4000 SM dan 3000 SM.

Meskipun delima tumbuh di alam liar sebelum fajar pertanian, ia adalah salah satu tanaman yg mula2 di tanam selain buah zaitun, buah anggur, buah ara dan buah tunggal. Tanaman pertama yg dijumpai disuatu tempat di utara Iran atau Turki. Namun bukti arkeologi menunjukkan buah delima yg pertama dijumpai di Yerikho sekitar 3000 SM. selain dari Yerikho, buah delima dijumpai di Mesopotamia dan Mesir. 

Tanaman buah delima merupakan tanaman semak Asia, spesisi dari Pulau Socarta. Meskipun diberitahu berasal dari Iran, penanaman delima lebih bnyk berkembang di daerah Timur Tengah, Arab Saudi, Afghanistan dan India serta Asia tenggara, termasuk Indonesia. Tanaman ini mengalami perkembangan pesat ketika dibudayakan di Perancis. Org Perancis menyebut buah delima sebagai pome garnete, kerana mempunyai biji yg sgt bnyk iaitu mencapai 800 biji dalam 1 buah delima. Dari kisah inilah delima mula dipanggil sebagai wild pomegranat dalam zaman seba moden ini.













Thursday 14 March 2013

SaHaRa TeNT @ PLaZa MaSaLaM, ShAH ALaM

Teringin makan NASI ARAB???? Cuba try makan di Sahara Tent kt Plaza Masalam Shah alam 2, yg bertentangan or sebelah ngan Concorde Hotel. First time sy mkn kt 2, my dad yg ajak makan disitu. Kami sekeluarga mmg suka memcuba makan2 nie. Pantang tau ada restaurant  yg best. Dekorasi dia pown cantik. Mcm restaurant mewah. Ada tempat duduk stail "tent". Menu dia mmg totally arabic stail. Makanan disitu best. Trylah......

Nie lah tempat yg sy ckp tmpt duduk stail tent


Kabsa Lamb


Kabsa Chicken

Mandi Chicken




Wednesday 13 March 2013

@ Carl's Junior


First time saya makan di Carl's Junior adalah 2 tahun lepas. Itu pown someone yg ajak saya makan di CARL'S JUNIOR. Burger di Carl's Jr nie besar sesgt. Kentang dia home made coz kentang dia x dibuang kulit pown. Air pown boleh refill. Set burger dia dalam Rm 18++ paling murah. Kiranye puaslah makan di si2. Nie ada beberapa keping gambar. selamat melihat (^0^)


Nie lah packaging Carl's Junior
Kentang home made
Nie burger dia..besar kn???
Teriyaki burger best giler..try lah


MaKaN2 @ Haagen Dasz For My MoM BirthdaY


Kami 4 beradik berbincang tuk celebrate my mom birthday. So saya cadangkan tuk makan ice cream. Actually, saya sebenarnya nk mkn.hahahaha. Jadi kita org sekeluarga pergilah mkn ice cream Haagen Dasz @ AEON Bukit Tinggi. Pilihan kami sekeluarga adalah Flower Blossom dan Royal Monte Carlo. Flower Blossom, mempunyai 6 perisa ice cream dengan kon yg berbentuk bunga bserserta vanilla cream dan juga ada buah. Royal Monte Carlo, mempunyai ice cream, cookies, kon ice cream dan juga cream coklat & vanila. Sedap sgt.




Royal Monte Carlo - RM 25.90

Nie saya x pasti nama menunye. Tp sedap sgt - RM 25.90



Flower Blossom - RM 33.90



Nie kek sempena my mom punye birthday. "WHITE COKLAT MACADAMIA"